NeeD MoNeY?!

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

My NeW sTuDeNTz

Last PBS ini mmg plg bez dlm idup ak...bdk2 yg mmg sempoi n ckgu2 nye mmg sekepala...mmg bez ar...ni ad sikit gmbo...mmg sikit pn 3 keping jer...



Orkid Show....




MoTo KeCiK

nie plak gmbo ak amek smlm...



PeruBaHaN...

huahaha lame gler xupdate blog...sori ar cz ak xde bahan nk di letakkan n xde mase....nyway bawah nie ad beberapa gmbo yg ak tgkp mse g taman hutan bandar dkt2 dgn mutiara rini....








nie plak gmbo2 tyme pesta bola merdeka








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sudah Berapa Kali Hari Guru Disambut,Tugas Apakah Yang
Perlu Kita Lakukan Sekarang?


Ramai dari kalangan guru muda tertanya-tanya tugas apakah yang dituntut dari kita sekarang setelah kita thiqah (percaya) pada jalan dakwah supaya waktu dan usaha kita tidak hilang sia-sia di dalam perkara yang tidak berfaedah.

Kita merasa bahagia dan bangga dengan semangat begini, kerana jiwa yang demikian menunjukkan sikap positif yang dipunyai oleh beberapa ramai putera puteri kita kita yang muslim.

Kita menghargai dan berbangga dengan mereka kerana mereka meminati Islam dan melibatkan diri mereka dengan bekerja untuk Islam dalam menentang kebatilan walaupun mereka telah mendengar dan membaca apa yang terjadi ke atas saudara-saudara mereka yang telah mendahului mereka di atas jalan dakwah ini.

"Mereka tidak menjadi lemah kerana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh)". Alilmran:146

Sebelum saya menjawab soalan ini, saya perlu mengingatkan supaya kita kembali mengingati apa yang telah disentuh terlebih dahulu tentang penentuan objektif-objektif yang ingin kita capai dan merealisasikannya, menentukan berbagai-bagai peringkat jalan, penyelewengan dan rintangan-rintangan, dan apa yang telah kita terangkan berkenaan dengan tabiat peringkat yang kita sedang lalui sekarang.

16.1 Tabiat Marhalah Ini

Sesungguhnya kita sedang berada di dalam peringkat meneguhkan dasar (tapak) mukmin yang di atasnya nanti akan kita bangunkan daulah Islam. Dasar itu kemudiannya akan menjelma di dalam diri individu muslim para pendokong akidah; keluarga Islam yang menjelmakan dan menterjemahkan Islam di dalam ramahtangganya dan beriltizam dengan segala ajaran dan pendapat umum Islam yang sedar, atau masyarakat Islam. Inilah tiga lapangan: iaitu individu, rumahtangga dan masyarakat, itulah bidang kerja yang sangat penting diusahakan sekarang. Inilah asas yang kuat untuk pembangunan Islam yang agung. Syiar kita, cogan kata pada peringkat ini ialah "perbaiki dirimu dahulu dan kemudian serulah orang lain". Ini adalah dua tuntutan yang pokok dan penting di dalam lapan perkataan sahaja tetapi kesimpulan amal dan asasnya, pencapaian menegak (vertical): Perbaiki dirimu dan pencapaian melintang (horizontal): Serulah orang lain. Sesungguhnya ia telah menjadi sunnah Allah, tidak akan merubah di dalam makhluknya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". ArRa'd: 11

Itulah realiti yang telah rosak, kecelakaan dan kesempitan, kemusnahan dan kebinasaan yang dialami manusia zaman ini. Ia tidak akan berubah kecuali apabila kita merubah apa yang ada
pada diri kita di samping beriltizam dengan jalan Allah.

16.2 Banyak dan Sedikit


Sesungguhnya bilangan muslim hari ini sungguh ramai sekali, tetapi mutunya rendah. Kita kekurangan guru-guru pendokong akidah yang mempunyai peribadi mukmin yang kuat yan berpengaruh yang mampu merubah realiti yang rosak dan merosakkan, yang mampu merubah kenyataan yang buruk, yang mampu membangunkan umat Islam yang baik. Saya teringat kata-kat hikmat dari Imam Hassan al-Hudaibi, "Tegakkanlah daulah Islam dalam hati kamu supaya daulah Islam tegak di bumi kamu". Inilah bentuk dan mutu laki-laki akidah, mutu yang terbentuk di dala Madrasah/sekolah Rasululiah s.a.w., terbentuk di bawah naungan Al-Quran dan terus bertambah baik melalui dakwah menyeru manusia kepada agama Allah, mempersaudarakan mereka pada jalan Allah yang terikat dengan ikatan akidah Islam dan inilah ufuk ikatan. Akhirnya madrasah Rasulullah s.a.w. itu berjaya membentuk peribadi muslim di kalangan sahabatnya dengan pertolongan dan ketentuan Allah dan mereka terus membangunkan daulah Islam, negara Islam yang agung.

Di atas jalan itulah kita mesti berjalan, terdidik dan terbentuk bawah naungan al-Quran dan sunnah Rasululiah s.a.w. dan di atas jalan inilah kita seru generasi muda yakni anak murid pada jalan Allah, di atasnyalah kita bersaudara dan bersatu.


16.3 Perbaiki Diri


Memperbaiki diri, itulah langkah pertama, kerana kekuatan yang lazim dan perlu untuk memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batil tersimpul di dalam tiga bentuk menurut susunan yang berikut: kekuatan iman, kekuatan persatuan dan kekuatan tangan dan senjata. Inilah dia susunan kekuatan yang telah dilalui dan telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu manhaj yang mesti dilalui oleh setiap generasi Islam sepanjang zaman. Inilah manhaj yang mesti kata lalui. Adalah merbahaya apabila digunakan kekuatan untuk merubah realiti yang batil sebelum dapat dibuktikan dan direalisasikan kekuatan iman dan kekuatan persatuan. Oleh kerana itu kita mestilah selalu mengingatkan diri kita agar sentiasa mengawasi setiap arahan dan tindakan yang menyalahi susunan dan tertib ini dalam berbagai-bagai peringkat kerja, usaha dan persiapan yang boleh membahayakan amal Islami supaya usaha tidak menjadi sia-sia dan jiwa manusia tidak terkorban pada tempat dan waktu yang tidak sesuai.

Silaplah anggapan bahawa Rasulullah s.a.w., pada permulaan dakwah, telah melupakan jihad dan persediaannya, semata-mata kerana baginda tidak melibatkan diri di dalam jihad pada masa permulaan dakwahnya. Sebenarnya pada waktu itu baginda menyediakan dasar (tapak) iman dan tangan-tangan mukmin yang akan muncul senjata pada waktunya supaya dia akan berjihad dengannya tanpa lemah dan ragu-ragu dan mengorbankan jiwa dengan murahnya pada jalan Allan.

Perjanjian Aqabah (Bai'atul Aqabah 2) menjelang hijrah Rasulullah ke Madinah menjadi bukti yang baik yang membuktikan ke atas pengetahuan Rasulullah s.a.w bahawa akan datang masanya yang baginda mesti melaksanakan jihad pada waktu tersebut. Oleh itu, salah satu daripada kandungan bai'ah dan perjanjian itu lalah bahawa pihak Ansar mesti melindungi Rasulullah (s.a.w. sebagaimana mereka melindungi isteri-isteri dan anak-anak mereka.

Adalah salah anggapan yang menyangka bahawa Ikhwanul Muslimin telah melupakan aspek jihad semata-mata kerana mereka tidak melibatkan diri mereka di dalam peringkat pembentukan itu. Bagaimana mereka boleh melupakannya padahal jihad itu adalah satu rukun dari rukun-rukun bai'ah mereka dan Imam as-Syahid Hassan al-Banna telah menulis risalah berkenaan dengan jihad. Malah syiar mereka: "jihad itu jalan kami dan mati pada jalan Allan adalah setinggi-tinggi cita-cita kami". Jihad mereka tidak hanya terbatas kepada lisan dan tulisan sahaja, bahkan mereka melaksanakan jihad secara amal praktikal di medan-medan pertempuran, contohnya di dalam pertempuran Palestin dan mereka telah menunjukkan teladan yang paling istimewa yang menakutkan musuh-musuh mereka di Palestin dan Terusan Suez. Akhirnya mereka telah menghantar beberapa banyak syuhada di dalam pertempuran tersebut.


Boleh jadi ada orang yang menyangka (khasnya golongan guru muda yang sungguh-sungguh bersemangat) bahawa mereka tidak akan mendapat ganjaran dan pahala dari Allah di atas usaha dan mujahadan yang mereka lakukan sekiranya kemenangan dan kekuasaan Islam itu tidak tercapai di tangan mereka dan di masa hidup mereka. Sangkaan sedemikian mendorong mereka untuk terburu-buru mempercepatkan kemenangan walaupun terpaksa mengabaikan persiapan yang rapi dan tertib langkah-langkah perjuangan. Ini adalah pemikiran yang salah. Sebelum ini kita telah menyebutkan bahawa kita hanya bertanggungjawab membuat kerja dan memperbaiki kerja dan usaha kita, mengikhlaskan niat kita dan bekerja dengan niat yang sebenar, tetapi kita tidak bertanggungjawab akan hasilnya. Sebagaimana kita menyebut juga bahawa zaman itu diukur menurut umur ummah dan dakwah, bukan diukur menurut umur individu-individu. Adalah tidak keterlaluan jika kita katakan sesiapapun mudah membuat sesuatu kerja dan mengorbankan hidupnya kerana Allah, tetapi untuk menundukkan nafsu dan melatih akhlak-akhlak dan adab-adab Islam di dalam diri adalah amat susah dan payah sekali.

Untuk merealisasikan cita-cita yang kita hendak capai, kita memerlukan kepada guru-guru yang berjiwa besar yang mempunyai kemahuan yang keras, yang mempunyai kesetiaan yang tetap dan tahan, yang mempunyai iman yang benar, yang mampu dan rela memberikan pengorbanan yang banyak.

Di dalam pengertian inilah Imam as- Syahid berkata di dalam tajuk "Dari Mana Kita Mulakan". "Sesungguhnya membentuk umat-umat dan mendidik bangsa-bangsa, mencapai cita-cita, menolong pegangan hidup, memerlukan ummah yang menghendaki demikian atau sekurang-kurangnya golongan yang menyeru kepadanya, memerlukan kekuatan jiwa yang besar yang tergambar di dalam beberapa perkara: kekuatan kemahuan yang tidak mengenal kelemahan, kesetiaan yang tetap dan tidak mengenal kepura-puraan dan pengkhianatan, pengorbanan yang banyak yang tidak dapat dihalang oleh ketamakan dan kebakhilan, makrifah dengan prinsip pegangan hidup dan percaya kepadanya dan menghargainya dan memelihara dari kesalahan, penyelewengan dan apologetik di atasnya ataupun terpedaya dengan yang lainnya. Di atas kekuatan jiwa yang agung inilah dibangunkan pegangan hidup dan dididik ummah yang baharu bangun. Di atasnya juga dibentuk bangsa-bangsa yang muda dan diberi nafas kehidupan di kalangan rakyat yang telah lama dinafikan hak-hak kehidupan. Tiap-tiap bangsa yang tidak mempunyai empat sifat ini ataupun sekurang-kurangnya tidak mempunyai pemimpin-pemimpin dan penyeru-penyeru yang memperbaikinya, inilah bangsa yang sia-sia dan miskin, bangsa yang tidak akan sampai kepada kebaikan dan tidak dapat mencapai satu cita-cita. Bangsa yang demikian hanya hidup di dalam mimpi, sangkaan dan waham:

"Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran". Yunus: 36

Dari sinilah kita tahu bagaimana pentingnya memperbaiki diri sendiri dan peranannya yang asasi di dalam jalan dakwah dan merealisasikan segala cita-cita supaya kita mengambil dan mempergunakan berbagai-bagai sebab untuk memperbaikinya dengan kekuatan dan penuh kepuasan walaupun kita terpaksa memikul bebanan yang berat, menggunakan usaha, waktu, sabar dan menyabarkan, mengoreksi, muhasabah dan muraja'ah.

Nafsu itu seperti kanak-kanak, sekiranya ia dibiarkan, ia akan terus membesar dengan mencintai susu, tetapi apabila anda pisahkan dia dari menyusu, dia akan berhenti menyusu. Tidak syak lagi bahawa membangunkan insan lebih susah daripada mendirikan kilang dan bangunan.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah membentuk insan yang soleh. Tanpa mereka tidak mungkin dilaksanakan satu kebaikan dan peningkatan kerana sesungguhnya Allah tidak akan memperbaiki amal usaha orang-orang yang rosak, orang yang sabar menentang nafsu mereka dan tidak sabar mendidik diri mereka, meragui jalan tarbiah, dan mempersiapkan diri mereka lalu menghiasi diri mereka dan orang lain dengan mengambil jalan pendek, menggunakan kekuatan sebelum tiba masanya, kerana pendapat dan tindakan yang demikian adalah merbahaya.

16.4 Guru Muslim yang Kita Kehendaki

Berbicara tentang memperbaiki diri, kita perlu mengemukakan contoh yang selamat dan sejahtera bagi guru Muslim dan berbagai-bagai jurusan yang menyempurnakan peribadi Muslimnya. Kemudian kita sentuh berbagai-bagai wasilah dan cara yang mungkin yang dapat mengubah realiti yang rendah dan yang sedang berkuasa kepada satu dihuraikan dalam satu atau dua artikel. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut perlulah kita merujuk kepada buku-buku, risalah-risalah, dan majalah-majalah yang telah menghurai dan mengkaji aspek-aspek tersebut.

Kita memerlukan guru Muslim, pendokong akidah yang sahih dan murni dari sebarang percampuran, pendokong ibadah yang sahih lahir dan batin, yang mempunyai akhlak yang teguh yang diambil dari al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w yang mempunyai pendidikan dan pemikiran yang sesuai dengan pimpinan amal Islami, yang mempunyai tubuh yang kuat dan mampu memikul berbagai tugas, amal dan jihad. Kita mahukan guru Muslim yang bermujahadah dengan dirinya dan memerangi nafsunya, yang berguna kepada orang lain, yang menjaga waktunya, yang mampu mengatur segala urusannya dan mampu berusaha dan berdikari serta tidak terpengaruh dengan unsur negatif yang tidak elok elok sama ada unsur negatif tersebut datangnya dari Barat ataupun dari masyarakat sekeliling yang leka dibuai dunia dan melakukan pekerjaan sia-sia..


Inilah sebahagian dari tanda-tanda contoh yang kita kehendaki dan inilah aspek memperbaiki diri yang akan saya sentuh dengan serba ringkas.

16.5 Akidah Islam

Kita mahukan akidah Islam yang sahih menurut akidah salafussoleh, akidah para sahabat Rasulullah s.a.w dan para pengikut mereka yang jauh dari bida'ah dan khurafat karut marut. Akidah yang telah membentuk generasi Muslim yang pertama. Akidah inilah yang menguasai perasaan dan pemikiran dan menguasai setiap urusan hidup mereka, memancarkan kemampuan amal yang sungguh-sungguh di dalam diri mereka. Akidah tauhid yang sejati ini memenuhi hati makhlukNya dengan Nur iman dan dengannya dia berjalan di atas sirat al-mustaqim.

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada di dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya ".Al-An'aam: 122

Kita mahu guru Muslim yang menjadi pendokong akidah yang sejahtera sedar bahawa dia adalah sesuatu yang agung di dalam hidup ini, menginsafi bahawa dia mempunyai satu risalah yang penting, bahawa dia hidup dengannya dan hidup kerananya. Dirinya bukanlah barang yang remeh dan terbiar seperti seekor kambing atau persis satu alat, tetapi dia merasai dirinya kuat dan mulia kerana dia bersandar kepada Allah yang Maha Kuat Perkasa. Apabila kita memperkatakan akidah tauhid di sini, bukanlah ilmu tauhid yang membawa pendokongnya hanya berkisar di daerah ilmu kalam dan perdebatan melulu. Semoga Allah memberi berkat kepada pujangga Iqbal tatkala berkata: "Tauhid itu dahulu satu kekuatan di antara manusia. Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu kalam". Kita menghendaki pendokong akidah yang sejahtera, yang beriman kepada Allah, malaikat, rasul-rasul Allah, hari Akhirat dan beriman kepada qada dan qadar, baik buruknya dari Allah. Iman yang teguh dan tidak goncang apabila berhadapan dengan apa jua tekanan dan pengaburan mata yang membawa keraguan.

Kita menghendaki akidah salimah yang memberikan kepada pendokongnya hati yang mukmin yang mencintai Allah s.w.t. sama ada di waktu rahsia dan terang, di waktu marah dan redha dan dalam apa jua keadaan kerana semata-mata berharap kepada rahmat kurnia Allah dan keredhaanNya serta kerana takutkan murka Allah dan azabNya.

Kita inginkan insan akidah yang menimbang segala urusan hidup di sekitarnya dengan timbangan rabbani. Lantaran itu pandangannya kepada dunia dengan segala apa yang ada padanya adalah merupakan pandangan Islam yang sahih. Islam yang benar dan tidak timbul daripadanya sepatah perkataan, suatu perbuatan, suatu gerakan atau diam kecuali dari akidah Islam dan sesuai dengan syariat Islam, ajaran Islam dan adab-adab Islam.

Kita mahukan manusia akidah yang mengutamakan Allah daripada perkara lain daripadaNya lalu dia menyerahkan segala hartanya, waktunya, pemikirannya, usahanya, jiwanya dan segala yang dimilikinya kepada dakwah Islam. Dia sentiasa bersabar dan berkorban pada jalan Allah kerana mengharap keredhaan Allah.

Kita mahu manusia akidah yang berbangga dengan saudaranya, yang bersungguh-sungguh membawa kebaikan kepada saudaranya dan menolong saudaranya dan mencintai saudaranya, yang memberikan pada saudaranya apa yang paling disukainya bahkan mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya, serta memelihara kehormatan saudaranya. Tidak membiarkan atau mengecewakan saudaranya dan tidak mendedahkannya kepada bahaya.

Kita mahukan akidah Islam yang menjadikan pendokongnya merasa bertanggungjawab terhadap Islam, terhadap saudara-saudara dan generasi mudanya sendiri. Hatinya tidak akan merasa senang dan tenteram sehinggalah dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan seluruh kemampuannya terhadap dakwahnya, dakwah Islam.

16.6 Sumber Akidah Yang Sejahtera

Tidak ada sumber yang paling patut dirujuk, untuk kita minum akidah yang sejahtera kecuali al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a w. bukannya Pelembagaan Malaysia, Ensiklopedia Oxford atau lainnya. Apakah yang baru datang kepada Semenanjung Tanah Arab yang lantas menghapuskan jahiliah dan meninggalkan untuk kita sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk kebaikan manusia? Yang datang itu ialah turunnya wahyu, turunnya al-Quran pada Muhammad s.a.w. lalu baginda mengajarkannya kepada orang ramai. Lalu Rasulullah s.a.w. membentuk diri mereka menjadikan mereka laki-laki akidah yang sebenarnya. Di tangan merekalah tertegaknya daulah Islam, negara Islam yang tulen dan membawa rahmat ke seluruh alam. Uslub al-Quran dalam menjelaskan akidah adalah sebaik-baik cara dan yang paling sempurna yang mengikat akidah dengan hati lalu dia memancarkan mata air iman:
"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Ku, cara hidupku "
"Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itu Allah menunjukki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjukki mereka ke jalan yang lurus". Al-Maidah : 15 -16


Uslub al-Quran dan gaya bahasa al-Quran dalam memuaskan dan memenuhkan hati dengan akidah tauhid, hari kebangkitan dan pembalasan, adalah uslub yang indah dan menakjubkan, mudah dan memudahkan.
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang mengambil
pelajaran". Al-Qamar: 17

Sebagaimana juga sunnah Rasulullah s.a.w. yang menerangkan dan menjelaskan kitab Allah, mempunyai segala perkara yang memberi pertolongan pada tiap-tiap orang yang suka menegakkan akidah Islam dalam dirinya dan benarlah Rasulullah s.a.w: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kita Allah dan sunnahku, cara hidupku.”

FiKiR SeNDiRi...

aku nk selepas korg bce yg nie

Racist Future Teacher

korg trus bace yg nie plak...

Keling! Keling! Keling! Are you Happy now?


nie mrupakan keseluruhan crite
jgn trpengaruh....
sori ar kalo link xjd
tp kalo xjd bgtau ar k...

Blogger Template by Blogcrowds


klik sini untuk dapatkan smiley upin dan ipin